Diari Hidup Seorang Muslim

Aku Melihat, Mendengar, Dan Merasa..Lalu Ku Menulis

Diari 208 : Ramadhan Series – Mengejar Impian

Assalammualaikum Dan Salam Sejahtera..

Hari nie Ramadhan ke 18 kan ? 🙂 Dah tinggal lagi 11 hari jer untuk kita berpuasa.. InsyaAllah. Beberapa hari nie cuaca agak panas (terlalu panas). Cahayanya agak terang sampai sakit mata aku (silau). Kalau dah silau mesti datang sekali package sakit kepala lah. Aku rasa semua orang pun melalui perkara yang sama juga. Sekarang dah jam 6 petang pun, cuacanya masih tetap panas..

Baiklah, hari nie aku nak cerita ringkas-ringkas jer (tak berapa nak sihat). Pagi semalam, aku bawa adik perempuanku (beeha) ke Bandar Bukit Beruntung. Katanya nak beli barang-barang buat kek (sempena hari ibu semalam). Ramai juga orang beratur di hadapan kedai. Aku tunggu dalam kereta jer 🙂 . Beeha nie boleh dikatakan memang pandai memasak (mewarisi bakat yang ada pada ibu). Tapi kerja aku nie jadi tukang complain masakan diaorang.. Hahaa.. InsyaAllah aku boleh lah sikit-sikit merasa masakan orang lain (bagi komen)…

Walaupun aku kurus, tapi aku suka makan sebenarnya. Makan banyak mana pun akan tetap kurus macam nie, sampai mak aku menyanyi lah untuk sindir aku, “bangau oh bangau kenapa engkau kurus”.. Hahaa… 🙂 .

InsyaAllah, bulan hadapan (jika ada rezeki) aku nak beli satu Digital Camera (Dslr) untuk start perjalanan impian aku yang 5 (sebelum nie aku ada ceritakan di dalam diari impian khai). InsyaAllah, aku akan run impian aku itu dibawah jenama images.my (actually aku baru perasan yang aku ada beli satu domain images.my tahun lepas). Kiranya aku boleh guna domain itu untuk pamerkan semua hasil kerja-kerja aku (photography). Blog lelakiberlari.com nie akan tetap jadi blog diari aku lah (personal) dan aku takkan campur adukkan ia dengan perkara-perkara kerja yang lain.

InsyaAllah, aku nak capai 5 impian ini di dalam hidupku. Doa-doakan aku ye :-). Baiklah, hari nie aku taknak tulis panjang sangat sebab aku nak rehat (panas sangat). Aku tengah search movie yang best kat Netflix untuk tontonan.. Banyak sangat pilihan, tak tahu yang mana best.. Okaylah ye, aku doa-doakan semua yang membaca blog aku nie, dikurniakan kesihatan dan dimakbulkan doa-doanya, insyaAllah 🙂 . Jika ada apa-apa nak tanya terutama hal-hal berkaitan IT, boleh click button whatsapp dibawah ini, insyaAllah aku akan balas pertanyaan tersebut..

Khairul Azahar Sharriffuddin
11 Mei 2020 6:05 Minit Petang
Kampung Sungai Buaya, Selangor

Diari 207 : Ramadhan Series – Definasi & Nilai Kehidupan Itu Bagi Aku..
Previous Post Diari 207 : Ramadhan Series – Definasi & Nilai Kehidupan Itu Bagi Aku..
Diari 209 : Ramadhan Series – Kepulangan Adik..
Next Post Diari 209 : Ramadhan Series – Kepulangan Adik..