Diari Hidup Seorang Muslim

Aku Melihat, Mendengar, Dan Merasa..Lalu Ku Menulis

Diari 198 : Hanya Kita Sendiri Akan Melayarinya Nanti..

Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera…

Alhamdulillah, semalam aku dah start process untuk develop beberapa web demo (sample). Aku target untuk siapkan 2 demo laman web menjelang akhir bulan nie (InsyaAllah). Web demo ini penting sebagai portfolio kerja yang perlu ditunjukkan kepada client dan ia juga boleh dijadikan sebagai “master copy” untuk project-project yang seterusnya. Aku akan tumpukan untuk develop web (demo) bagi niche-niche (bidang) penting sehingga akhir bulan 6 nanti.

Alhamdulillah, semalam Encik Faris whatsapp aku menyatakan minat untuk membeli domain yang berada di dalam pengangan aku. Domain Forum.my . Sebelum nie dia dah beli domain cuckoo.my dan tutor.my daripada aku. Bila dia berikan aku tawaran harga, terus aku terima jer.. Sebab aku pun dah taknak pegang banyak-banyak sangat domain sebab aku nak tumpukan untuk develop beberapa produk dibawah domain tertentu (aku nak simpan 5 domain sahaja, lain-lain kasi letgo).. Hehe.. Orang kata, jika kita lepaskan pergi sesuatu yang kita suka sama ada dari pandangan mata atau hati, ia akan membuatkan kita rasa tenang.. 🙂

Kira rezeki jugalah semalam sebab sebelum tue aku ada beli satu PC (refurbished) di shopee sebagai backup PC. Sekarang aku ada 2 laptop, kedua-duanya aku gunakan silih berganti untuk melakukan kerja. Perlu standby satu lagi PC sebagai persediaan. Bila petang tue Encik Faris whatsapp, kira rezeki aku lah..Alhamdulillah. Sekarang pun banyak seller buat sales secara online, boleh grab dengan harga yang murah.. Contoh macam jualan kasut berjenama seperti adidas & timberland.. Ikutkan hati memang aku nak angkat jer, tapi aku tahan diri lah, siap minta nasihat mak aku lagi.. Hahaa.. 🙂 . Kalau hati tak kuat, memang duit akan habis lah…

Cuma satu jer aku nak pesan kepada pembaca blog nie, simpan duit siap-siap, tak perlu berbelanja kepada perkara yang tidak perlu. Dijangka Dunia dan Malaysia secara khasnya akan menghadapi kemelesetan ekonomi, banyak industri memerlukan masa 1-3 tahun untuk fully recover, dan ada antaranya yang akan collapse (runtuh) dalam tempoh ini. Akan ada yang kehilangan pekerjaan, penurunan kadar upah dan faedah dan juga keistimewaan-keistimewaan yang diterima sebelum ini. Hidup kita dah takkan serupa lagi..

Sebenarnya hidup bersederhana dah cukup.. Sederhana maksudnya, hidup dalam keadaan yang sangat minima dan bersyukur dengan apa yang kau orang ada. Bukan bermaksud kau orang tak boleh kejar apa yang kau orang nak dalam hidup nie, bukan itu maksud aku. Impian itu lain (harus ada dalam diri masing-masing), maksud aku adalah cara hidup. Kau ada tengok ke billionaire kat dunia nie hidupnya lavish (bermewah-mewahan) ? Tak, kau takkan jumpa.. Semuanya hidup bersederhana sahaja, Bill Gates (microsoft), Mark Zuckerberg (Facebook), Jeff Bezos (Amazon). Itulah maksud aku, kekayaan perlu ada tapi bukan dengan cara hidup, sebab ia akan buat kita lupa, lupa tentang apa ? Aku akan rungkaikan di dalam Diari Journey to Ihsan dibawah ini 🙂

Journey To Ihsan 3 : Persinggahan Hidup

Okay, aku sambung dengan apa yang aku ceritakan di atas ye. Berbalik kepada diari aku sebelum ini. Aku ada nyatakan bagaimana aku sangat mengkagumi usaha-usaha dakwah yang telah dibawa oleh Ustaz Ebit Lew. Fokus dakwah dia adalah melangkaui konsep dakwah yang kita kenali selama ini. Maksud aku, dari kecil lagi, kita diajar untuk menuntut ilmu agama. (kena datang rumah ustaz, masjid, atau pusat agama untuk mengaji). Jika nak ilmu agama perlu hadirkan diri dihadapan orang yang berilmu.. Senang cerita, kau nak agama, kau kena cari orang beragama..

Tapi Ustaz Ebit Lew nie mengambil tanggung jawab dakwah kepada masyarakat secara terus, masuk kampung, pergi bawah jambatan, pergi ke kelab malam, tempat-tempat awam dengan niat untuk berdakwah. Dalam pengisian dakwah dia, dosa itu tidak diletakkan kepada kutu-kutu rayau, penghisap dadah, kaki club malam, tapi diletakkan di atas dirinya sendiri (tak menjalankan tanggungjawab dakwah)..

Ustaz Ebit Lew dahulunya merupakan seorang yang miskin (makan pun berkongsi) pernah tinggal di tepi jalan dan kini menjadi salah seorang pendakwah yang memegang amanah harta yang banyak. Kat sinilah topik yang aku nak huraikan sebenarnya. Tahu tak berapa ramai yang mencari agama dalam hidupnya tetapi akhirnya tersungkur di pertengahan jalan (bila dah dapat kemasyuran nama & harta). Orang yang mencari agama pada hari ini bukan lagi orang yang mencari agama seperti 30 tahun yang lepas. Kat sinilah ujian yang sebenarnya bagi golongan-golongan ini.. Mereka mungkin tidak diuji dengan hukum batalnya sembahyang, hukum batalnya puasa, tetapi mereka diuji dengan kemewahan hidup yang tak pernah dirasai oleh ahli-ahli dakwah sebelum ini…

Sebab itu aku sangat hormati apa yang dilakukan oleh Ustaz Ebit Lew. Aku tahu ada ustaz-ustaz yang pertikaian cara dia. Bagi aku salah ke orang yang telah diberikan amanah harta kepadanya lalu dia menginfaqkan ke jalan dakwah sebagaimana yang telah dilakukan oleh Sahabat-sahabat Nabi saw ? Sedekah secara terang-terangan adalah tidak menyalahi hukum. Sekiranya video yang dijadikan isu. Bagi aku, perkara itu terlebih baik diwar-warkan kerana dia telah membelanjakan amanah harta yang telah disedekahkan kepadanya (tahu kemana ia dibelanjakan)dan menarik orang lain untuk berbuat kebaikan juga. Itu adalah terlebih baik daripada seseorang yang menyimpan bagi diri sendirinya sahaja(walaupun ia wang sedekah dan penerima berhak 100% kepada wang tersebut). Tapi bukankah itu dikira sebagai menggunakan agama untuk mencapai maksud kemewahan bagi diri sendiri ?

Salah ? Dari segi hukumnya tak salah walaupun kau tak menginfaqkan harta tersebut ke jalan Allah swt (itu aku tak boleh nak pertikaian). Tapi jika kamu menidakkan & mempertikaian orang lain nak membelanjakan amanah harta kepadanya ke Jalan Allah swt, aku rasa ada something wrong lah dalam hati orang mengakui yang beragama nie..

Semalam aku ada berbual dengan adikku, aku katakan kepada dia, “perniagaan apa yang evergreen sepanjang zaman ?” Adikku jawab, “tak tahu”. Aku balas, “Jual agama”. Hidup ini umpama sebuah perjalanan dan tempat tinggal di dunia ini umpama sebuah rumah sewa sahaja. Sampai masa kita akan tinggalkan semuanya (takde apa yang kita bawa melainkan kain kafan bersama kita sahaja). Anak, Isteri, Suami, keluarga, adik beradik, teman-teman, semuanya akan kita tinggalkan.. Berapa hari mereka akan bersedih ? Paling lama pun seminggu sahaja, lepas itu semuanya akan hidup dalam realiti hidup masing-masing (ada kehidupan).. Kita ?

Khairul Azahar Bin Sharriffuddin
19 April 2020 11:03 Minit Pagi
Kampung Sungai Buaya, Selangor

Diari 197 : #KitaMestiMenang
Previous Post Diari 197 : #KitaMestiMenang
Diari 199 : Akan Jelas Di Akhirnya..
Next Post Diari 199 : Akan Jelas Di Akhirnya..