Diari Hidup Seorang Muslim

Aku Melihat, Mendengar, Dan Merasa..Lalu Ku Menulis

Diari 131 : Kau Semakin Dewasa

Assalammualaikum Dan Salam Sejahtera..

Sebelum tue, Aku nak kongsikan satu lagu, Selamat Hari Raya yang bunyi petikannya tak berapa nak jadi lah… Hahaa.. (ramai member-member aku ketawa). Boleh buat ringtone bagi sesiapa yang berminat lah ye.. Haha 🙂 . Aku kongsikannya di channel instagram aku (dah lama aku tak aktif di instagram). InsyaAllah, bila dah ada DSLR nanti, aku akan upload gambar-gambar menarik di channel instagram (Travelog)..

https://www.instagram.com/p/B1DIHDDl95P/?utm_source=ig_web_copy_link

Okay cam mana ? Hahaa… boleh lah ye (just untuk happy-happy je). 🙂 . Alhamdulillah, semalam adik perempuan aku (Beeha) selamat melangsungkan majlis pertunangannya. Sekarang nie dah jadi tunang orang lah ye. 🙂 . Dia nie adik perempuan aku yang paling pandai memasak sekali dan agak tegas juga sifatnya. (selalu angkat tong gas kat rumah tau).. haha… 🙂 . Anak-anak buah aku memang rapat dengan dia semuanya (walaupun garang)..

Majlis semalam bermula sekitar jam 2:30 petang dan tamat kira-kira jam 5 petang. Selepas tamat majlis, kepala aku mula terasa sakit (cuaca terlalu panas semalam). Fuhh.. sakitnya memang tak ingat punya lah (migrain). Satu badan aku sapu minyak angin. Haha.. 🙂 . Hari ini, badan aku terasa letih sangat-sangat. Mungkin disebabkan kepenatan menahan rasa sakit waktu semalam..Aishh.. Malam nie, aku nak tidur awal sedikit (nak rehat). Tapi lepas tengok Running Man lah (episod terbaru).. Hehee..

https://www.instagram.com/p/B1DqHWOFARo/?utm_source=ig_web_button_share_sheet

Okaylah ye, badan aku dah penat (nak rehat). Sekarang nie, setiap kali berada di tempat kerja, aku rasa tak sabar nak balik rumah jer (jiwa aku dah takde kat sana sebenarnya). Tapi takpelah, dah tak lama mana pun. Aku harap semuanya akan dipermudahkan.Yang penting, aku nak keluar daripada sana terlebih dahulu, yang lain-lain aku akan fikirkan kemudian.. Hehe 🙂

Oh ye.. aku ada satu cerita lagi. Tadi, aku ada tengok-tengok rumah kat Fraser Hill secara online (mana tau, kalau-kalau ada orang jual kan).. Memang ada sebenarnya. Haha.. Harganya pun takde lah mahal sangat. Aku tak pernah tinggal kat sana waktu malam (rasa macam seram jer)..

Aku suka suasananya. InsyaAllah, jika ada rezeki, aku nak beli satu rumah disana. Aku berharap sangat Allah s.w.t akan makbulkan doa aku. Sukar untuk aku huraikan perasaan aku bila berada di sana, yang aku tahu, hanyalah tenang…

Khairul Azahar Sharriffuddin
13 Ogos 2019 8:07 Minit Malam
Kampung Sungai Buaya, Selangor
Previous Post Diari 130 : Segalanya Mungkin
Next Post Diari 132 : Atok Berlari