Assalammualaikum Dan Salam Sejahtera..
Pagi tadi, ayahku telefon, “Erol kerja tak hari ini ?, kalau tak kerja, ayah nak ajak pergi KL, Ayah nak ambil kasut ayah, bawa Nabiha dengan Nabila sekali, nanti pukul 10:30 pagi ayah sampai”. Aku menyuruh adik-adik perempuanku bersiap. Lepas bersiap, aku teringat, ubat migrain aku tertinggal di tempat kerja pula..
Aku tengok jam di dinding menghampiri 10:30 pagi. Aku katakan kepada ibuku, “mak nak pergi klinik jap, ambil ubat, cakap ngan ayah tunggu sekejap ye”. Sampai di klinik, aku katakan kepada staff yang bertugas, “nak ambil ubat ye”. (dia dah tau aku daripada company mana). Dia katakan kepadaku, “nak ambil caffox kan ?”. Masa itu kepala aku dah start sakit (aku tak boleh lewat makan ubat). Terus aku makan 1 setengah biji (kebiasaan aku hanya makan separuh sahaja).. Kalau nak jalan-jalan ataupun melakukan aktiviti luar (aku akan makan sebiji)..
Sampai di rumah (aku lihat ayah dah ada menantiku).. Adik perempuanku (Fauziana) pun ada juga bersama anaknya. Dia berkata kepadaku, “kau nie nak keluar jer pun, pakaian mengalahkan gaji 100 000 ribu sebulan”. Nabiha menambah, “padahal dalam dompet ada RM1 jer”.. Haha 🙂 .
Selepas semuanya bersiap, adikku (Fauziana) bertanya, “nak pergi mana ?”. Aku katakan, “nak pergi KL”. Balasnya, “nak ikut, tapi tak bawa duit”. Ayahku menjawab, “takpe, ayah ada duit”. Dia pun ikut sekali bersama anaknya…
Kami sampai di Pertama Kompleks dan pergi ke kedai untuk mengambil kasut ayah, aku katakan kepada ayah, “ini kompleks paling lama ke ayah ?”. Ayah membalas, “ini yang kedua, yang tertua sekali Ampang Point”. Sambil berjalan-jalan, aku berbual lah dengan ayah, ayah katakan, “kat sini, ramai yang pandai-pandai, ayah buat beg duit kat sinilah”. (sambil tunjuk beg duitnya kepadaku). Ketika waktu kecilku dahulu, ayah selalu membawa aku berjalan-jalan di bandaraya Kuala Lumpur (masa itu Yaohan)..
Selepas selesai di Pertama Kompleks, ayah meminta Token Parking kepadaku, (aku seluk-seluk seluar, rasa macam hilang, aku dah gelabah dah).. Adik-adik perempuanku memandangku, Nabiha menyanyikan satu lagu, “tenenet..tenenet..” (kalau kau orang suka tengok rancangan variety show korea, Running Man), bila Lee Kwang Soo tertimpa nasib malang, akan keluar lagu tue..(Adik-adiku katakan kepadaku, perangai kau sama macam Lee Kwang Soo).. Hahaha 🙂
Selepas itu, Ayah membawa kami berjalan-jalan di Jalan Masjid India. Ketika inilah, aku dapat peluang bergambar bersama ayah.. Seumur hidupku, ini adalah kali pertama dapat bergambar dengan ayah (selepas usiaku 33 tahun)..
Selepas penat berjalan di Jalan Masjid India, ayah mengajak kami semua pergi ke Pavillion (ini kali pertama aku pergi). Bila sampai kat tempat parking, aku melihat majoriti kereta mewah jer.. Dalam hatiku berkata, “ini tempat orang kaya nie”. Ayah membawa kami masuk ke kedai Coklat (Patchi). Kata ayahku, “kat sini coklatnya sedap-sedap” . Ayah tahu aku suka coklat, dan selalunya ayah akan belikan coklat untukku kemana sahaja dia pergi..
Sambil menunggu adik-adik perempuan shopping (lama gile).. Dah lenguh aku dan ayah memerhatikan. Ayah berkata kepadaku, “Nak beli minyak wangi kan ?, cuba try tengok ada tak butik Tommy Hilfinger kat sini”.. Aku check dalam Google, ada. Ayah katakan kepada adik-adikku, “lama lagi kan, ayah dengan abang erol nak pergi cari minyak wangi”.
Bila sampai di butik Tommy Hilfinger (aku dan ayah pusing-pusing, tapi tak jumpa minyak wangi, cuma pakaian sahaja). Ayahku berkata, kita pergi cari kat dalam Parkson pula. Cari-cari Jumpa (akhirnya dapat juga).. Ayah belanja, tiga kali aku ucapkan terima kasih kat Ayah 🙂 . Sebagaimana yang aku ceritakan di dalam Diari 68 : Perkara Yang Tidak Diduga (mengenai minyak wangi).. Boleh click untuk baca diari tersebut..
Ketika berjalan-jalan dengan Ayah (ternampak banyak kedai jam tangan), ayah bertanya kepadaku, “macam mana jam tangan nya erol ?”. Aku jawab, “dah rosak ayah, takpe nanti kita hantar repair”. Ayah balas, “kenapa tak cakap, boleh bawa tadi, hantar repair kat sini, kat sini ada kedai Tissot”. Ngam-ngam masa nak balik tadi, terjumpa kedai Jam Tangan Tissot, ayah berkata, “kat sinilah kedainya, boleh repair nanti”..
Selepas selesai di Pavillion, kami semua bergerak pulang. Dalam perjalanan pulang, ayah berkata, “nak makan Aiskrim tak ?”.. Semua adik-beradikku katakan, “Nak”.. 🙂 . Ayah berhenti sebentar di Hentian Rehat Sungai Buloh, dan keluar bersama adik perempuanku (Nabiha) untuk membeli AisKrim :-)..
Kisah 18 Tahun Yang Lepas..
Macam mana aku nak mulakan kisah nie ye ?. Aku boleh naratifkan kisah ini (begitu panjang), tapi ada beberapa bahagian kisah, aku tak boleh kongsikan kepada umum (kerana melibatkan perkara yang sensitif)..
Sebenarnya apa yang terjadi kepadaku beberapa minggu yang lepas (Boleh Baca Diari ini, Diari 66 : Syurga Bagi Orang Yang Miskin) merupakan pengulangan kejadian yang hampir sama pada 18 tahun yang lepas (atau lebih tepatnya bulan 8/2002).. Ya, memang hampir sama..
Hampir setiap hari, bermula daripada detik itu, aku menempuh hari-hariku dengan perasaan bersalah terhadap dirinya. Sehinggalah pada suatu hari, aku menguatkan hatiku untuk meminta maaf kepada dirinya..
Aku ingat lagi, 1 Muharram (tahun 2012), beberapa bulan sebelum dia bernikah dengan seseorang. Aku memberanikan diri menghantar satu email kepada dirinya, menyatakan rasa bersalahku di atas perlakuanku yang pernah menyakiti dirinya. Aku meminta maaf di atas semua kesilapanku…
Hari demi hari, aku menanti jawapannya (sentiasa ku buka inbox email), tapi tiada sebarang jawapan daripadanya. (terbit rasa menyesal, jika ku tahu ku biarkan sahaja). Sehinggalah suatu hari, bila tiba di tempat kerja (dalam perjalanan ke bengkel). Aku membelek-belek handphoneku, tertera balasan emailnya (reply).. Aku masih ingat lagi harinya dengan sangat mendalam…
Aku teruja masa itu, bila ku buka inbox nya, tertulis satu ayat balasan, “Waalaikummussalam, saya dah maafkan kamu, semoga kamu mendapat kebaikan di dunia dan akhirat…”. (ada ayat dihujungnya, dan satu pertanyaan daripadanya).. Tetapi aku tidak membalas pertanyaan daripadanya sehinggalah ke hari ini..
Bermula daripada detik itu, hidupku mula berubah.. Perlahan-lahan ia berubah kepada perkara yang lebih baik. Aku dapat rasakan kemaafan yang datang daripada dia itulah yang telah merungkaikan segala kekusutan hati dan perasaanku (selama bertahun-tahun lamanya)..
Mimpi
Malam tadi, aku bermimpi lagi tentang dua orang wanita yang ku ceritakan sebelum ini..(Boleh baca Diari ini, Diari 40 : Mimpi). Seorang daripadanya, ku lihat tekun bekerja mencatit perkara-perkara mengenai hal kerja di dalam suatu buku. Dan seorang daripadanya pula, ku terserempak dengannya di didalam satu situasi, ketika aku sedang berkata-kata dengan seseorang..
Ku lihat dia seakan teragak-agak untuk berkata-kata sesuatu kepadaku (tetapi aku tidak menghiraukannya).. Dia pandang kepada wajahku dan aku menoleh pandanganku kepadanya.. Ku lihat wajahnya (sangat lesu dan tidak bermaya). Dia berkata kepadaku (dalam keadaan lemah,melutut dan menangis)“Kenapa awak buat saya macam ini, awak kenal saya kan?” ..
Khairul Azahar Sharriffuddin
14 April 2019 8:33 Minit Malam
Kampung Sungai Buaya, Selangor